Friday 5 October 2012

KAJIAN TINDAKAN

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

Terdapat 2 jenis kajian tindakan menurut Creswell (2005): 
1. kajian tindakan amalan (practical action research) 
melibatkan peninjauan tentang amalan pengajaran guru dalam konteks isu-isu di dalam bilik darjah.


dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar.
guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher).
2. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan pelajar.

guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah.
guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu.
guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup” pelajar (life-enhancing changes) apabila masalah pelajar dikenalpasti.
cara ini akan menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan pelajar.
digelar dengan berbagai-bagai nama seperti: community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.